Playdoh yang telah selesai dibuat sudah boleh dibentukkan mengikut daya kreativiti masing-masing. Berikut ditunjukkan beberapa contoh playdoh yang telah dibentuk dengan begitu unik dan menarik.
Masukkan tepung dan garam di dalam mangkuk. Campurkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan terbentuk. Kacau adunan sehingga lembut dan sedikit melekit.
Masukkan sedikit minyak. Gaul adunan sehingga betul-betul lembut.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil. Campurkan setiap bahagian dengan beberapa titis pewarna. Setiap bahagian diwarnakan dengan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan playdoh dengan warna pelbagai. Gaulkan pewarna sehingga rata.
Playdoh boleh didapati dengan mudah di pasaran. Walaubagaimanapun, playdoh dijual dengan harga yang agak mahal memandangkan teknologi pembuatan playdoh pada masa kini berupaya menghasilkan playdoh yang tidak melekit dan bebas toksik atau bahan beracun. Namun, umum tidak mengetahui bahawa cara pembuatan playdoh adalah sangat mudah dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat playdoh juga sangat senang didapati di sekitar kita. Berikut merupakan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat playdoh :
Maksud Playdoh Playdoh adalah sejenis permainan tanah liat yang sering digunakan oleh kanak-kanak. Permainan ini dipercayai dapat menajamkan imaginasi khususnya daya kreativiti kanak-kanak. Lazimnya, permainan ini diajar dalam subjek seni pada peringkat tadika dan sekolah rendah. Di peringkat pendidikan khas, playdoh diajar dalam subjek kemahiran hidup dan ternyata subjek ini dapat membantu dalam perkembangan imaginasi kanak-kanak dengan lebih kreatif.